aLhamdulillah.... terhasiL juga blog yang selama ini telah menjadi salah satu impian dalam diri admin selama ini. mungkin sebahagian diri admin masih tidak cukup sempurna dari segi iLmu agama mahupun iLmu lain tapi admin sentiasa akan berusaha untuk mencari setiap kekurangan iLmu dalam diri ini dan menambah segala kekurangan iLmu dalam diri kerna kita tidak akan pernah habis kalau kita berbicara mengenai menuntut iLmu. Umpama pepatah melayu "belajarLah kamu biar pun sampai ke negeri CHINA". Selagi diri masih bernyawa dan diberikan kesempatan untuk bernafas, akan ku usaha sedaya mampu diriku ini. Blog ini adalah sebahagian perkongsian kata-kata indah ISLAM atau kata-kata semangat. Setiap apa yang terkandung daLam blog ini bukan sahaja untuk ingatan diri sendiri maLahan untuk ingatan kita bersama. Segala apa yang terkandung dalam blog ini mungkin sebahagian kata-kata yang sudah biasa didengar, dilihat dan dibaca atau mungkin ada sebahagian kandungannya masih baru tapi telah diolah dari segi ayat dan grafiknya. Segala kesilapan dari segi bahasa, kata-kata atau ada mana-mana pihak terasa dan tersinggung dengan segala kandungan dalam blog ini. Admin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan kerna tiada niat untuk mengaitkan dengan mana-mana pihak atau individu tertentu. Sekadar perkongsian dakwah untuk ingatan diri sendiri dan ingatan kita bersama. Moga-moga segala apa yang dilakukan admin ini mendapat rahmat dari ALLAH s.w.t dan diterima oleh-NYA. Andai kita pernah jatuh, berusahalah untuk bangon. Andai kita pernah gagal, berusahalah untuk berjaya. Andai kita banyak melakukan dosa dan salah, rendahkanlah lutut untuk memohon TAUBAT dari yang maha esa kerna PINTU TAUBAT sentiasa terbuka luas.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.